CINTA ITU CAHAYA YANG MENYINARI KEHIDUPAN
HIDUP MENJADI SURAM JIKA ORANG YANG KITA CINTAI TIDAK TURUT SAMA MERASAINYA


"cinta orang perempuan cinta separuh
mati,

bila benci, bencinya tak boleh diubati,
cemburu orang lelaki tak nampak,
bila cemburu berapi, boleh bawa mati"


cinta itu....

cinta itu....
"cinta bukan sesuatu untuk diperdebatkan, diberikan alasan dan tawar menawar, cinta adalah sesuatu untuk diberi dan untuk dirasai"

Tuesday, January 27, 2009

3 perkara kabulkan doa

Ketika Hajjaj Ibnu Yusuf As Saqafi pergi ke kota Basrah,berita kedatangannya telah diketahui oleh penduduk Basrah.Lalu mereka pergi mengadap Imam Hassan Aal Basri untuk mengadu.Dan mereka juga mengajak Imam Hassan Al Basri untuk membunuhnya.

Dengan tenang Imam Hassan Aaal Basri berkata:
"Anggaplah kamu semua menang dan berhasil membunuhnya.Tetapi ketahuilah di bumi ALLAH ini tidak sedikit orang-orang seperti Hajjaj,bahkan tidak mustahil akan lahir orang yg.lebih kejam dan lebih buruk daripadanya".

Mendengar ucapan Imam Hassan Al Basri tersebut,mereka berkata:

"Kalau begitu apa yang harus kami lakukan?"

"Pulanglah kamu semua!Bersihkan hartamu dari yang haram.Dan kembalikan kepada yang berhak.Bila kalian tidak tahu siapa pemiliknya,bawalah ke masjid untuk bersedekah kpd.orang-orang fakir dan miskin.Dan barang siapa yang memelihara isteri yang haram(perempuan simpanan),hendaklah ia melepaskannya.

Tapi barang siapa yang mampu menjadikannya isteri yang sah,lakukanlah.Dan bertaubatlah kamu kepada ALLAH Azza Wa Jalla.Banyak-banyak ber'iktikaf di masjid,beribadah dan membaca Qur'an sehingga ALLAH membuka kesusahanmu."

Pulanglah penduduk Basrah setelah mereka mendengar nasihat Imam Hassan Al Basri.Mereka segera melaksanakan pesanan dan nasihat tersebut.Tidak lama kemudian,datanglah berita bahawa Hajjaj telah pulang.

"Aku tahu ia akan segera pulang!",ucap Imam Hassan Al Basri setelah mendengar berita kepulangan Hajjaj.

"Bagaimana tuan guru boleh mengetahuinya?",tanya mereka.

"Seorang hamba ALLAH jika melaksanakan 3 perkara yang telah aku sarankan,nescaya ALLAH akan memperkenankan doanya".

Pengajaran :

3 syarat doa terkabul ialah :

1-Bersihkan harta dari yang haram.

2-Jauhkan diri dan jangan menghampiri ZINA.

3-Bertaubat selalu.

Saturday, January 17, 2009

coretan untuk adam

Didoakan semoga kalian beroleh selamat dibawah lindungan payung rahmat Allah SWT Amin.......
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang russukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manuia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak seelaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam.....
mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Haawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi MUhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu!

Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku emnjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kauumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.......................................


Petikan dari;
Warkah dakwah 1986

10 Tip Kecantikan Yg Boleh Diikuti Semua



1. Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.
2. Bersenam ! Baik utk kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org lebih nak sihat, kan???

4. Tidur yg cukup... Jgn asyik berjaga waktu malam... tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak payahlah sapu itu ini... cukuplah dgn wajah yg bersih.

6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

Okay?? Mudah bukan.... kecantikan bermula dalam diri dan amalan sehari-hari!

Tuesday, December 16, 2008

geng2 prktikum kt serenti...

wei, klu pe2 prgrm n apa2 cte bgth r ea...
ika n geng2 kt ps besut ni ok jer..
heheh..
ye r...klu geng pnjara n hosptl ada prgrm bsr2, kita pn kna wat gak...

Saturday, December 13, 2008

kenkawan...

hope u all hepy ngan praktikum...
heheh...
pe2 hal, bgth r wei...