CINTA ITU CAHAYA YANG MENYINARI KEHIDUPAN
HIDUP MENJADI SURAM JIKA ORANG YANG KITA CINTAI TIDAK TURUT SAMA MERASAINYA


"cinta orang perempuan cinta separuh
mati,

bila benci, bencinya tak boleh diubati,
cemburu orang lelaki tak nampak,
bila cemburu berapi, boleh bawa mati"


cinta itu....

cinta itu....
"cinta bukan sesuatu untuk diperdebatkan, diberikan alasan dan tawar menawar, cinta adalah sesuatu untuk diberi dan untuk dirasai"

Tuesday, December 16, 2008

geng2 prktikum kt serenti...

wei, klu pe2 prgrm n apa2 cte bgth r ea...
ika n geng2 kt ps besut ni ok jer..
heheh..
ye r...klu geng pnjara n hosptl ada prgrm bsr2, kita pn kna wat gak...

Saturday, December 13, 2008

kenkawan...

hope u all hepy ngan praktikum...
heheh...
pe2 hal, bgth r wei...

Sunday, November 30, 2008

KHUSUS UNTUK RENUNGAN KALIAN

Khusus untuk renungan kalian, hakikat rumahtangga....

Isteri ~ apabila marah dan bengang dengan suami, sering berkata.."menyampah.." Walhal yang dia menyampah itulah yang tidur disebelahnya hari-hari.

Suami ~ apabila isteri berleter boleh angkat kaki, terus keluar rumah. Tetapi di ofis, apabila bos berleter..tidak pula angkat kaki terus keluar ofis..

Isteri ~ apabila suaminya segak bergaya dan pakai lawa-lawa..kata nak menggatal dan nak cari pompuan lain...Walhal dirinya sendiri tak pandai nak melawa..dok kata orang...

Suami ~ apabila balik ofis, isteri tak sediakan kopi dah merajuk...walhal kat ofis..pandai plak buat kopi sendiri...

Isteri ~ apabila suami terima sms dari orang pompuan dan dibacanya mesej cintan cintun...dah kata suami ada pompuan lain...walhal yang pos sms tu..tersilap tuju...cemburu melulu...

Suami ~ apabila terima call atau sms dari kawan pompuan...boleh plak turunkan volume...kalo isteri yang call...bercakap..seolah isteri tu pekak...

Isteri ~ apabila suami pulang lewat...dah syak wasangka bertimbun-timbun...syaitan yang dok kasi mesej kat telinga..punya lee happy sakan..sorak reramai..berjaya hangatkan lagi hati isteri...tunggu nak declare perang...walhal..kereta suami rosak...

Suami ~ apabila isteri bergaya sikit...dah kata..isteri nak melawa untuk lelaki lain ngengok...walhal bila isteri bergaya cantik...orang puji nama dia gak..."cantiknya..isteri si Rahim tuuuu...." suami yang dapat nama...

Isteri ~ apabila isteri gemuk dan perut buncit..suami malu sebab badan isteri berubah shape...walhal dia yang dok jolok kasik buncit dan ubahsuai shape isteri...sampai bertahun-tahun di ceroboh terowong...bila dah bosan asyik masuk terowong longgar...dia plak nak cari terowong lain...

Suami ~ kalau hendak isteri cun melecun..keluar le bajet sikit untuk isteri..bajet untuk pompuan lain ada plak..bajet untuk isteri sendiri selalu kata.."tak de duit.."

Isteri ~ cerita ngan member tentang perangai buruk suami…apabila suami dok cerita perangai buruk dia…tau plak dia melenting sakan….

Suami ~ kalo ngan isteri…marah…suka cakap..”bodoh..bangang etc..” isteri sabar aje ngan kerenah suami baran cegitu…Tapi..kalo Bos kata dia bodoh..boleh plak dia diam membisu..seolah terima hakikat yang dia memang bodoh…

Isteri ~ Apabila suami ajak PROJET…penat le bang..saya letih lee..esok leee…bila esok..ala..abang ni..sayang memang letih nii…suami mula dah bosan…apabila suami mula minta izin kahwin lain untuk ringankan beban tugas isteri…pandai plak dia marah..kata suami tak kesian kat dia laaa..bla..bla..bla…walhal suami dah kesian lee..makanya dia minta izin kahwin lain…..

Suami ~ balik rumah…anak-anak buat bising..rumah bersepah..dah bising…angkat kaki keluar rumah…walhal dia yang dok suntik benih berderet-deret keluar…tak plak dia fikirkan…kalo nak duduk rumah aman damai..tak yah kasi bini beranak pinak….

Isteri ~ apabila suami lupa berikan hadiah hari jadi…dah kata suami dah tak sayang…suami pelupa…suami ada pompuan lain etc…walhal dia tak tau…duit gaji suami setiap bulan dah habis untuk belanja rumahtangga…itulah hadiah setiap bulan yang paling istemewa untuk sebuah keluarga bahagia…daripada hidup miskin diluar…

Isteri ~ apabila hobi suami suka memancing…” asyik memancing aje..abang ni…cubalah duduk kat rumah..tolong saya jaga anak-anak niii…” Ok laaa…tu…hobi pancing ikan…kalo pancing anak dara…lagi haru biru….

Suami ~ apabila isteri minta tolong cucikan berak anak..geli geleman dia nak cuci…kesudahannya dia balik suruh isteri yang cucikan…walhal itu anak dia..bukannya anak orang lain….

Isteri ~ apabila suami suka makan kat kedai mamak…maka kenalah siasat apa yang tak kena dengan masakan sendiri…ini idak..salahkan mamak..sebab buka kedai makan….walhal diri sendiri yang tak pandai masak….

Suami ~ isteri suka dipuji dan dihargai…sesekali..puji le..isteri sendiri…kalo puji kawan pompuan kat ofis boleh plakkkkk…

Isteri ~ suami kerja lewat malam..kerja, kerja, kerja…asalkan isteri tahu yang dia kerja cari duit lebih untuk keluarganya….bukan keluarga orang lain…maka isteri kena bersyukur..sebab suami kerja keras untuk keluarga sendiri…jangan laa asyik kata suami tak de masa untuk anda…bila dah tua…hidup dah senang…lagi banyaaakkkk masa untuk anda berdua….

Suami ~ kalau lihat pompuan lain cantik…jangan dok bandingkan ngan isteri dirumah…kalo nak isteri dirumah cantik…hantar dia buat plastik surgery..kasi touch-up part-part mana yang tak cun….keluar duit poket…untuk isteri sendiri…sebab isteri sendiri gak yang dipandang setiap hari…bukan orang lain…

Isteri ~ apa pun suami berikan…bersyukur dan ucapkan terima kasih…sekalipun sebatang pen kilometrico…ada gak dia nak kasi…daripada tak berikan hadiah…

Suami ~ apabila isteri tak pandai melayan atas katil…ajor dia kasik dia pandai beri service tip top ke top ten…nama pun nak kan anak dara…kalo nak isteri yang kasik service kow-kow nyaa…pi cari “Janda Girl”….

Isteri ~ sesekali berborak dengan suami…jadikan suami seperti kawan anda…jangan sampai suami pergi berborak dengan pompuan lain…nanti..anda plak yang jeles…kalo suami nak cerita pasal bola…ambil tahu pasai bola…awas..wanita milenium semakin canggih depan belakang, kiri kanan..depa up todate till todate…

Suami ~ sesekali urut le badan isteri…kesian bini tu…kerja kuat siang malam untuk suami…bukannya dia kerja kuat untuk orang lain….apa salahnya urut bini kannnn ??? lagi pun...senantiasa nak guna khidmat isteri….

KAWAN ATAU SAHABAT???

Adakah dirimu hanya kawan atau sahabatku?
Terdapat perbezaan di antara kawan dan
sahabat...

Pertama, kawan adalah seorang yang namanya kau ketahui, yang kau lihat berkali-kali, yang dengannya mungkin kau miliki persamaan, dan kau berasa gembira bersamanya. Ia adalah orang yang dapat kau undang ke rumahmu dan dengannya kau bergurau.
Namun, kau tidak akan memberikan hidupmu kepada mereka kerana kadang-kala tindakan-tindakan mereka tidak dimengerti kerana kau kurang mengenali mereka. Sebaliknya, seorang sahabat adalah seseorang yang kau cintai - bukan kerana kau jatuh cinta padanya, namun kau mengambil-berat tentang dirinya, dan kau memikirkannya ketika dia tiada di
sisi mu.
Sahabat adalah orang yang kau ingat ketika kau melihat sesuatu yang mereka sukai kerana kau amat mengenali mereka. Mereka adalah orang yang gambarnya kau miliki dan wajahnya selalu di dalam benakmu. Mereka adalah orang yang kau lihat dalam fikiran mu ketika kau mendengar lagu kerana mereka membuat dirimu berdiri untuk menghampiri mereka, mungkin mereka pernah memijak jari kakimu atau sekadar menempatkan kepala
mereka di bahumu. Mereka adalah orang-orang yang diantaranya kau merasa tenang karena kau tahu mereka mengambil berat terhadapmu. Mereka menelefon hanya untuk mengetahui apa khabarmu, kerana sahabat sesungguhnya tidak mengharapkan suatu alasanpun. Mereka berkata
benar - pertama kali - dan kau melakukan hal yang sama. Kau tahu bahwa jika kau memiliki masalah, mereka akan bersedia mendengar. Mereka adalah orang-orang yang tidak akan menertawakanmu atau menyakitimu, dan jika
mereka benar-benar menyakitimu, mereka akan berusaha keras untuk memperbaikinya. Mereka adalah orang-orang yang kau cintai dengan sedar
ataupun tidak. Mereka adalah orang-orang dengan siapa kau menangis. Mereka adalah orang-orang yang pada saat kau peluk, kau tak akan berfikir berapa lama memeluk dan siapa yang harus lebih dahulu mengakhiri. Mungkin mereka adalah orang yang memegang cincin pernikahanmu, atau orang yang menghantarkan atau mengiringmu pada saat pernikahanmu, atau
mereka mungkin orang yang kau nikahi.....
siapa tahu....

AKU MAHU MENYINTAIMU (tapi aku tak dapat...)

Aku mahu menyintaimu
tetapi aku tidak dapat
telah kucuba berulangkali
tetap rebah tewas sendiri
dengan perasaan yg sebaliknya
tentu kau kecewa jika mengetahuinya...

Bahkan aku sendiri tidak mengerti
mengapa setelah kukerah segenap kekuatan
masih cinta itu tidak hadir
sebagaimana yg kau harapkan dariku....

Aku mahu menyintaimu
demi membalas baik budimu
pengorbananmu tak terungkap dengan kata-kata
terlalu besar kasih sayangmu
namun kenapa aku masih kalah
tidak berdaya menyintaimu
sepertimana cinta yg kau taburkan padaku?

Aku mahu menyintaimu
tetapi aku tidak dapat
mampukah aku membohongi hatiku selamanya
dengan kata-kata cinta
sedangkan aku mahu menyintaimu
setulus hati tetapi aku tidak dapat....
hatiku masih tidak bergetar utk
menyintaimu sepertimana kau menyintaiku....

Kukerah tenaga sehingga lelah
tetap cinta itu tak mahu hadir
adakah aku tak cukup berjuang
hingga getaran itu tak terasa....

Aku berusaha meraih perasaan itu
tapi aku tidak dapat
oh! aku benar-benar kecewa
kenapa hatiku ini begitu degil
utk melepaskan kenangan lalu
dan menerima cintamu yg tulus suci???

Tuhan..
sekiranya dia jodohku
titipkan perasaan kasih sayang dan cinta
dalam hatiku kepadanya
kerana tanpa kurniaan cinta dariMu
aku tak mampu berbohong lagi

Aku tak berdaya menyintai seseorang
tanpa Kau izinkan perasaan itu
bersatu dihati segenap ragaku..

Aku masih cuba
dan akan terus mencuba
utk menyintaimu
sehingga aku benar-benar pasti
bahawa kaulah lelaki itu
yg ditakdirkan untukku

Aku mahu menyintaimu
sepertimana kau menyintaiku
aku tidak mahu menghampakanmu
harapanmu padaku tak pernah surut
bahkan kasih sayangmu
terus membanjiri hidupku
tanpa dapat aku membalasnya
sebaik budimu......

Aku benar-benar mahu menyintaimu
biarkan aku terus mencuba
kerna aku sungguh2 tidak mahu
hatimu dikecewakan lagi.......

ALKISAH CINTA

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda
abstrak: ada Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan dan sebagainya.
Mereka hidup berdampingan dengan baik.

Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air
Laut tiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau
cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri. Cinta sangat kebingungan sebab
ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi
pantai mencoba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki
Cinta.

Tak lama Cinta melihat Kekayaan sedang mengayuh perahu.
"Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!" teriak Cinta.
"Aduh! Maaf, Cinta!" kata Kekayaan, "perahuku telah penuh dengan harta
bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam.
Lagi pula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."
Lalu Kakayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi.

Cinta sedih sekali, namun kemudian dilihatnya
Kegembiraan lewat dengan perahunya. "Kegembiraan! Tolong aku!", teriak
Cinta. Namun Kegembiraan terlalu gembira karena ia menemukan perahu
sehingga ia tak mendengar teriakan Cinta.

Air makin tinggi membasahi Cinta sampai ke pinggang dan Cinta semakin
panik. Tak lama lewatlah Kecantikan. "Kecantikan! Bawalah aku
bersamamu!",
teriak Cinta.
"Wah, Cinta, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti
Kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut Kecantikan.

Cinta sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis terisak-isak. Saat
Itu lewatlah Kesedihan. "Oh, Kesedihan, bawalah aku bersamamu," kata Cinta.
"Maaf, Cinta. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja..." kata
Kesedihan sambil terus mengayuh perahunya.

Cinta putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan
menenggelamkannya.
Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!"
Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua dengan perahunya.
Cepat-cepat Cinta naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera pergi
lagi.Pada saat itu barulah Cinta sadar bahwa ia sama sekali tidak mengetahui
siapa orang tua yang menyelamatkannya itu.

Cinta segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu,
Siapa sebenarnya orang tua itu. "Oh, orang tua tadi?"
"Dia adalah Waktu." kata orang itu.
"Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan
teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku" tanya Cinta heran.
"Sebab," kata orang itu, "hanya Waktu lah yang tahu berapa nilai
sesungguhnya dari Cinta itu ...."

TANDA-TANDA ANDA JATUH CINTA

Bila anda bersama si dia, anda berpura-pura tak pedulikannya. Tapi bila si dia tiada di sisi, anda akan melihat sekeliling mencari kelibatnya. Waktu itu, anda telah jatuh cinta.

Walaupun orang lain sedang membuat anda ketawa, anda hanya menumpukan perhatian terhadap si dia. Waktu itu anda telah jatuh cinta.

Walaupun si dia sepatutnya menghubungi anda memberitahu dia telah selamat tiba, tapi telefon anda tidak berdering, dan anda ingin sangat-sangat menerima panggilan daripadanya, waktu itu anda telah jatuh cinta.

Jika anda lebih berminat membaca mail ringkas daripada si dia berbanding mail panjang berjela daripada orang lain, anda telah jatuh cinta.

Bila anda terpaksa memadamkan pesanan dari mesin menjawab panggilan tetapi anda tak sanggup memadamkan pesanan daripada si dia, anda telah jatuh cinta.

Bila anda mendapat dua keping tiket wayang, dan anda tak dapat mengelak untuk memikirkan si dia, waktu itu anda telah jatuh cinta.

Anda kerap memberitahu diri anda bahawa dia hanyalah kawan biasa tapi anda menyedari anda tak dapat menghalang daripada tertarik kepadanya, waktu itu anda telah jatuh cinta.

Sewaktu anda menbaca rencana ini, jika seseorang muncul di fikiran anda, maknanya anda telah jatuh cinta dengannya.

ADA APA DENGAN CINTA?

• Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

• Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

• Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

• Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

• Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

• Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

• Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

• Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

• Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

• Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

• Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

• Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

• Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

• Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

• Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

• Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

• Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
• Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

• Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.

• Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

• Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

• Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

• Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

• Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

• Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

• Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

• Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

• Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.

• Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu

• Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.

• Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

• Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

• Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

• Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

• Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami

• Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

• Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

• Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

• Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

• Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

• Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.

• Cinta umpama bunga di taman yang sedang mekar, hiasilah, jagalah taman kamu untuk kelihatan cantik dan ceria dan seandainya kamu tidak berbuat demikian, layulah bunga di taman dan rosaklah cinta yang sejati.

• Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

• Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

• Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

• Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

• Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

• Cinta itu membuatkan kamu gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

• Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai

• Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

• Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

• Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

• Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
• Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

• Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

• Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir

• Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.

• Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri

• Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

• Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

• Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

• Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

• Setiap orang punya rasa cinta. Tapi tak semua orang dapat merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta. Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia.

• Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita. Keikhlasan dalam bercinta bererti tidak mengharapkan balasan cinta atas kasih yang kita curahkan padanya.

• Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat

• Ketika sebuah cinta mengungkapkan suatu kejujuran, dia tidak akan berbohong. Tidak akan ada sebuah konspirasi untuk mendahulukan sebuah nafsu untuk memiliki. Tidak akan ada sebuah harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan. Tetapi hanya akan mendambakan untuk bisa mendapatkan kesempatan untuk memberikan sesuatu yang lebih berharga.

• Cinta laki-laki seumpama gunung, ia besar tapi konstan dan (sayangnya) rentan, ada waktu ia meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya. Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus menerus bertambah. Jika dipotong, ia tumbuh dan tumbuh lagi.

• Manusia tidak jatuh 'ke dalam' cinta, dan tidak juga keluar 'dari cinta'. Tapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta

• Cinta yang wujud dalam sebuah tindakan agung : "Memaafkan".

• Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.

• Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.

• “Aku mencintaimu”, sukarkah untuk dilafazkan?

• Tidak ada cinta yang tidak cemburu -Pepatah Perancis

• Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.

• Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.

• Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.

• Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?

• Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi tertangkap ke dalamnya.

• Jika kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan Cinta. "Cinta adalah kasih sayang yang melimpah". Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan cinta.

• Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.

• Cinta adalah suatu bentuk ungkapan keabadian yg tidak mampu dijelaskan melalui untaian kata-kata indah tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan sakit.

• Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

• Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.

• Jangan pernah bermimpi tentang cinta tanpa mampu memperjuangkannya.

• Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

• Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.

• Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.

• Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.

• Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.

• Pergaulan dan cinta di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.

• Cinta adalah sebuah telaga yang tiada dasarnya

• Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.

• Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.

• Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantika dan masih tetap menghargainya.

• Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.

• Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.

• Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai kamu dengan sepenuh hatinya.

• Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa- Innayan Khan

• Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun dinding, bukannya jambatan kasih sayang.

• Mereka yang cintanya selalu dibalas,kurang mengerti perasaan cinta yang sebenar..~ Khan ~

• Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa.

• Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.

• Kamu tidak akan mati kerana cinta, tetapi cinta cukup meracuni hidup kamu

• Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

• Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.

• Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.

• Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi.
• Selagi usia di kandung badan .Selagi jiwa merantai hati

• Bibir tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu.

• Cinta membuatkan orang bersemangat untuk hidup, rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan. Cinta adalah sesuatu yang subjektif, susah untuk ditafsirkan. Kadangkala kita merasakan apa yang kita alami itu cinta tapi sebenarnya bukan.

• Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.

• Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.

• Pabila cinta tidak diajarkan di rumah, hampir tidak masuk akal untuk mempelajarinya di mana pun.

• Cinta yang tak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.

• Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sedari.

• Mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

• Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

• Cinta menakluk segala-galanya. Cinta dapat mengubah pondok kayu menjadi istana emas

• Hidup kalau tak memakai cinta tak ubahnya seperti bumi kehilangan matahari -Aswir

• Kamu tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

• Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.

• Cinta menekan pertimbangan, memandang ringan bahaya dan cinta memandang enteng akan kematian

• Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta. Tiada kasih yang lebih ngeri dari putus cinta

• Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.

• Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak bertemu.

• Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang lain.

• Hanya hati yang dapat menilai erti Cinta sejati. Dengarkan kata hati dan Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu kerana ia adalah suci, lahir dari kasih dan sayang.

• Cinta akan hidup bersama dengan waktu, pabila waktu itu mati, maka matilah cinta suci itu

• Seorang wanita akan memandang rendah terhadap lelaki yang menyatakan cinta kepadanya, terkecuali kalau memang lelaki itu yang diharapkannya.~ Elizabeth Stoddard ~

• Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan orkestranya -Pepatah Denmark

• Cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun

• Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.

• Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya -Hamka

• Manusia yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap -Peribahasa Mexico

• Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga -Pepatah Inggeris

• Cinta tidak mempunyai umur, ia sentiasa memudakan dirinya

• Cinta itu tidak buta tetapi ia tidak melihat -Pepatah Jerman

• Barangsiapa yang belum pernah jatuh cinta, ia telah membangunkan langit di atas bumi -Pujangga Barat

• Orang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang yang membacanya gemuk -Pepatah Belanda

• Keburukan dapat disembunyikan apabila timbulnya rasa cinta -Pepatah Greek

• Cinta tidak mempunyai undang-undang

• Cinta pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi

• Cinta lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta -Muttanabi

• Cinta ialah penyakit -Taufiq Al-Hakim

• Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya.

Friday, November 28, 2008

SETITIS AIRMATA DAN SEULAS SENYUMAN

Takkan kutukar dukacita hatiku demi kebahagiaan khalayak. Dan, takkan kutumpahkan air mata kesedihan yang mengalir dari tiap bahagian diriku berubah menjadi gelak tawa. Kuingin diriku tetaplah setitis air mata dan seulas senyuman.

Setitis airmata yang menyucikan hatiku dan memberiku pemahaman rahsia kehidupan dan hal ehwal yang tersembunyi. Seulas senyuman menarikku dekat kepada putera kesayanganku dan menjelma sebuah lambang pemujaan kepada tuhan.

Setitis airmata meyatukanku dengan mereka yang patah hati; Seulas senyum menjadi sebuah tanda kebahagiaanku dalam kewujudan.
Aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan berbanding jika aku hidup menjemukan dan putus asa.

Aku bersedia kelaparan demi cinta dan keindahan yang ada di dasar jiwaku
setelah kusaksikan mereka yang dimanjakan amat menyusahkan orang. Telah kudengar keluhan mereka dalam hasrat kerinduan dan itu lebih manis daripada melodi yang termanis.

Ketika malam tiba bunga menguncupkan kelopak dan tidur, memeluk kerinduannya. tatkala pagi menghampiri, ia membuka bibirnya demi menyambut ciuman matahari.

Kehidupan sekuntum bunga sama dengan kerinduan dan pengabulan. Setitis airmata dan seulas senyuman.

Air laut menjadi wap dan naik menjelma menjadi segumpal mega. Awan terapung di atas pergunungan dan lembah ngarai hingga berjumpa angin sepoi bahasa, jatuh bercucuran ke padang-padang lalu bergabung bersama aliran sungai dan kembali ke laut, rumahnya.

Kehidupan awan-gemawan itu adalah sesuatu perpisahan dan pertemuan.
Bagai setitis airmata seulas senyuman. Dan, kemudian jiwa jadi terpisahkan dari jiwa yang lebih besar, bergerak di dunia zat melintas bagai; segumpal mega diatas pergunungan dukacita dan dataran kebahagiaan.
Menuju samudera cinta dan keindahan - kepada Tuhan.

ANTARA PAGI DAN MALAM HARI

Tenanglah hatiku,

Kerana langit tak pun mendengari

Tenanglah,

kerana bumi dibebani dengan ratapan kesedihan.

Dia takkan melahirkan melodi dan nyanyianmu.

Tenanglah, kerana roh-roh malam tak menghiraukan bisikan rahsiamu,

Dan bayang-bayang tak berhenti dihadapan mimpi-mimpi.

Tenanglah, hatiku.

Tenanglah hingga fajar tiba, kerana dia yang menanti pagi dengan sabar akan menyambut pagi dengan kekuatan. Dia yang mencintai cahaya, dicintai cahaya.

Tenanglah hatiku, dan dengarkan ucapanku.


DALAM mimpi aku melihat seekor murai menyanyi saat dia terbang di atas kawah gunung berapi yang meletus.

Kulihat sekuntum bunga Lili menyembulkan kelopaknya di balik salju.

Kulihat seorang bidadari telanjang menari-menari di antara batu-batu kubur.

Kulihat seorang anak tertawa sambil bermain dengan tengkorak-tengkorak.

Kulihat semua makhluk ini dalam sebuah mimpi.

Ketika aku terjaga dan memandang sekelilingku,

kulihat gunung berapi memuntahkan nyala api, tapi tak kudengar murai bernyanyi, juga tak kulihat dia terbang.

Kulihat langit menaburkan salju di atas padang dan lembah, dilapisi warna putih mayat dari bunga lili yang membeku.

Kulihat kuburan-kuburan, berderet-deret, tegak di hadapan zaman-zaman yang tenang. Tapi tak satu pun kulihat di sana yang bergoyang dalam tarian, juga tidak yang tertunduk dalam doa.

Saat terjaga, kulihat kesedihan dan kepedihan; ke manakah perginya kegembiraan dan kesenangan impian?

Mengapa keindahan mimpi lenyap, dan bagaimana gambaran-gambarannya menghilang? Bagaimana mungkin jiwa tertahan sampai sang tidur membawa kembali

roh-roh dari hasrat dan harapannya?


DENGARLAH hatiku, dan dengarlah ucapanku.

Semalam jiwaku adalah sebatang pohon yang kukuh dan tua, menghunjam akar-akarnya ke dasar bumi dan cabang-cabangnya mencekau ke arah yang tak terhingga.

Jiwaku berbunga di musim bunga, memikul buah pada musim panas. Pada musim gugur ku kumpulkan buahnya di mangkuk perak dan ku letakkannya di tengah jalan.

Orang-orang yang lalu lalang mengambil dan memakannya, serta meneruskan perjalanan mereka.


KALA musim gugur berlalu dan gita pujinya bertukar menjadi lagu kematian dan ratapan, kudapati semua orang telah meninggalkan diriku kecuali satu-satunya buah di talam perak.

Ku ambil ia dan memakannya, dan merasakan pahitnya bagai kayu gaharu, masam

bak anggur hijau.

Aku berbicara dalam hati,Bencana bagiku, kerana telah ku tempatkan sebentuk laknat di

dalam mulut orang-orang itu, dan permusuhan dalam perutnya.

" Apa yang telah kau lakukan, jiwaku, dengan kemanisan akar-akarmu itu yang telah

meresap dari usus besar bumi, dengan wangian daun-daunmu yang telah meneguk cahaya matahari?"

Lalu ku cabut pohon jiwaku yang kukuh dan tua.

Ku cabut akarnya dari tanah liat yang di dalamnya dia telah bertunas dan tumbuh dengan subur. Kucabut akar dari masa lampaunya, menanggalkan kenangan seribu musim bunga dan seribu musim gugur.

Dan kutanam sekali lagi pohon jiwaku di tempat lain.

Ku tanam dia di padang yang tempatnya jauh dari jalan-jalan waktu. Kulewatkan malam dengan terjaga di sisinya, sambil berkata,"Mengamati bersama malam yang membawa kita mendekati kerlipan bintang.

Aku memberinya minum dengan darah dan airmataku, sambil berkata,"Terdapat sebentuk keharuman dalam darah, dan dalam airmata sebentuk kemanisan."

Tatkala musim bunga tiba, jiwaku berbunga sekali lagi.


PADA musim panas jiwaku menyandang buah. Tatkala musim gugur tiba, kukumpulkan buah-buahnya yang matang di talam emas dan kuletakkan di tengah jalan. Orang-orang melintas, satu demi satu atau dalam kelompok-kelompok, tapi tak satu pun menghulurkan tangannya untuk mengambil bahagiannya. Lalu ku ambil sebuah dan memakannya, merasakan manisnya bagai madu pilihan,lazat seperti musim bunga dari syurga, sangat menyenangkan laksana anggur Babylon, wangi bak wangi-wangian dari melati.

Aku menjerit,"Orang-orang tak menginginkan rahmat pada mulutnya atau kebenaran dalam usus mereka, kerana rahmat adalah puteri airmata dan kebenaran putera darah!" Lalu aku beralih dan duduk di bawah bayangan pohon sunyi jiwaku di sebuah padang yang tempatnya jauh dari jalan waktu.


TENANGLAH, hatiku, hingga fajar tiba.

Tenanglah, kerana langit menghembus bau hamis kematian dan tak bisa meminum

nafasmu.

Dengarkan, hatiku, dan dengarkan aku bicara.

Semalam fikiranku adalah kapal yang terumbang-ambing oleh gelombang laut dan digerakkan oleh angin dari pantai ke pantai

Kapal fikiranku kosong kecuali untuk tujuh cawan yang dilimpahi dengan warna-warna,

gemilang berwarna-warni.

Sang waktu datang kala aku merasa jemu terapung-apungan di atas permukaan laut dan berkata,

"Aku akan kembali ke kapal kosong fikiranku menuju pelabuhan kota tempat aku dilahirkan."

Tatkala kerjaku selesai, kapal fikiranku

Aku mulai mengecat sisi-sisi kapalku dengan warna-warni - kuning matahari terbenam, hijau musim bunga baru, biru kubah langit, merah senjakala yang menjadi kecil. Pada layar dan kemudinya kuukirkan susuk-susuk menakjubkan, menyenangkan mata dan menyenangkan penglihatan.

Tatkala kerjaku selesai, kapal fikiranku laksana pandangan luas seorang nabi, berputar dalam ketidakterbatasan laut dan langit. Kumasuki pelabuhan kotaku, dan orang muncul menemuiku dengan pujian dan rasa terima kasih. Mereka membawaku ke dalam kota, memukul gendang dan meniup seruling.

Ini mereka lakukan kerana bahagian luar kapalku yang dihias dengan cemerlang, tapi tak seorang pun masuk ke dalam kapal fikiranku.Tak seorang pun bertanya apakah yang kubawa dari seberang lautan. Tak seorang pun tahu kenapa aku kembali dengan kapal kosongku ke pelabuhan.

Lalu kepada diriku sendiri, aku berkata,"Aku telah menyesatkan orang-orang, dan dengan tujuh cawan warna telah kudustai mata mereka"

Setelah setahun aku menaiki kapal fikiranku dan ku layari di laut untuk kedua kalinya.

Aku berlayar menuju pulau-pulau timur, dan mengisi kapalku dengan dupa dan kemenyan, pohon gaharu dan kayu cendana.

Aku berlayar menuju pulau-pulau barat, dan membawa bijih emas dan gading, batu merah delima dan zamrud, dan sulaman serta pakaian warna merah lembayung.

Dari pulau-pulau selatan aku kembali dengan rantai dan pedang tajam, tombak-tombak panjang, serta beraneka jenis senjata.

Aku mengisi kapal fikiranku dengan harta benda dan barang-barang hasil bumi dan kembali ke pelabuhan kotaku, sambil berkata, "Orang-orangku pasti akan memujiku,

memang sudah pastinya. Mereka akan menggendongku ke dalam kota sambil menyanyi dan meniup trompet

Tapi ketika aku tiba di pelabuhan, tak seorangpun keluar menemuiku. Ketika ku masuki jalan-jalan kota, tak seorang pun memerhatikan diriku.

Aku berdiri di alun-alun sambil mengutuk pada orang-orang bahawa aku membawa buah dan kekayaan bumi. Mereka memandangku, mulutnya penuh tawa,

cemuhan pada wajah mereka. Lalu mereka berpaling dariku.

Aku kembali ke pelabuhan, kesal dan bingung. Tak lama kemudian aku melihat kapalku.

Maka aku melihat perjuangan dan harapan dari perjalananku yang menghalangi perhatianku. Aku menjerit. Gelombang laut telah mencuri cat dari sisi-sisi kapalku, tak

meninggalkan apa pun kecuali tulang belulang yang bertaburan. Angin, badai dan terik matahari telah menghapus lukisan-lukisan dari layer,memudarkan ia seperti pakaian berwarna kelabu dan usang.

Ku kumpulkan barang-barang hasil dan kekayaan bumi ke dalam sebuah perahu yang

terapung di atas permukaan air. Aku kembali ke orang-orangku, tapi mereka menolak diriku kerana mata mereka; hanya melihat bahagian luar.

Pada saat itu kutinggalkan kapal fikiranku dan pergi ke kota kematian. Aku duduk di antara kuburan-kuburan yang bercat kapur, merenungkan rahsia-rahsianya.


TENANGLAH, hatiku, hingga fajar tiba.

Tenanglah, meskipun prahara yang mengamuk mencerca bisikan-bisikan batinmu, dan gua-gua lembah takkan menggemakan bunyi suaramu.Tenanglah, hatiku, hingga fajar tiba. Kerana dia yang menantikan dengan sabar hingga fajar, pagi hari akan memeluknya dengan semangat.


NUN di sana! Fajar merekah, hatiku. Bicaralah, jika kau mampu bicara!

Itulah arak-arakan sang fajar, hatiku! Akankah hening malam melumpuhkan kedalaman hatimu yang menyanyi menyambut fajar?

Lihatlah kawanan merpati dan burung murai melayang di atas lembah. Akankah kengerian malam menghalangi engkau untuk menduduki sayap bersama mereka?

Para pengembala memandu kawanan dombanya dari tempat ternak dan kandang.

Akankah roh-roh malam menghalangimu untuk mengikuti mereka ke padang rumput hijau?

Anak lelaki dan perempuan bergegas menuju kebun anggur. Kenapa kau tak berganjak dan berjalan bersama mereka?Bangkitlah, hatiku, bangkit dan berjalan bersama fajar, kerana malam telah berlalu.Ketakutan malam lenyap bersama mimpi gelapnya.

Bangkitlah, hatiku, dan lantangkan suaramu dalam nyanyian, kerana hanya anak-anak kegelapan yang gagal menyatu ke dalam nyanyian sang fajar.